Sari Berita Penting
-
Salam Imtihan Dari Barisan Kepimpinan DPM Mansurah - SALAM IMTIHANDewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah sesi 2013/2014 mengucapkan Selamat Menghadapi Imtihan Fasa 1 kepada seluruh ahli DPMM yang akan bermula pa...10 years ago
-
QIAMULLAIL UAK BERJAYA!!! - Mansurah, 29 Disember : Unit Amal Kamsis DPMM(UAK) telah berjaya adakan satu majlis pengisian rohani iaitu qiamullail. Majlis qiamullail yang bermula pada ...14 years ago
-
Followers
Friday, March 12, 2010
Menghidupkan Kembali..
Salam perjuangan buat semua blogger Mansurah..
Sudah lebih 6bulan blog ini tidak diaktifkan, dan terbiar tanpa ada maklumat2 yang dapat dikongsi bersama buat semua warga mansurah..
Oleh itu, ana ingin mengambil satu inisiatif agar blog yang ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
InsyaAllah perancangan sedang diatur untuk mengaktifkan semula blog ini, antaranya blog ini akan memuatkan berita2 semasa di mansurah samaada yang berkaitan dengan program2 yang dianjurkan sekitar mansurah yang berunsurkan sukan, isu semasa, kelas tafaqquh, rehlah, usrah atau ulasan2 yang berkaitan dengan mansurah.
Dengan ini ana menjemput semua blogger agar mengambil bahagian selaku wartawan bagi mengasah bakat kalian dalam penulisan, kecepatan dan ketepatan berita.
Juga boleh menghantar artikel2 ilmiah dan informasi yang tidak menyentuh sensitivi sesetangah pihak dan tidak berunsur tohmahan.
Sekiranya anda punya berita atau artikel, boleh terus hantar kepada :
Ketua Editor Ust. Al-Amin Daud (al_amindaud@yahoo.com | alamindaud08@gmail.com)
Timb. Ketua Editor Ust. Hakimi Abdul Mutalib (hakimi87@yahoo.co.uk)
atau penghantar surat Aljauhary (syams_aljauhary@yahoo.com)
Sekian Terima kasih..
wassalam..
Aljauhary
Penghantar Surat.
Sunday, May 10, 2009
Cara Pendaftaran di sini
Kepada semua warga mansurah yang disayangi;
Blog ini dibangunkan untuk mengumpul semua blogger Malaysia yang ada di bumi Mansurah samada Dirasat Universiti Al-Azhar mahupun Tibb University of Mansoura.
Syarat pendaftaran;
1) Warganegara Malaysia yang berada di Mansurah atau isytirak dengan DPM Mansurah atau telah tamat pengajian dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan.
2) Masukkan banner yang comey dibawah ini di blog anda. Copy code yang berada di dalam kotak putih di bawah dan pastekan di blog anda.
Cara meletakkan banner di blog anda;
1) CTRL + A code di atas. Pastikan anda mencopy sepenuhnya code tersebut.
2) Add page element kat blog anda. Di bahagian mana sahaja yang anda suka untuk meletakkan banner comey ini.
3) Klik butang save..
4) Berjaya..
Untuk mendaftar di komuniti blogger Mansurah, silakan tinggalkan nama penuh, kursus pengajian dan link blog anda di ruang komentar
“Sharing is caring”
Friday, May 8, 2009
FAKTA RINGKAS MANSURAH
Mansurah sebuah bandar yang mencatatkan peristiwa dan kesan sejarah, meliputi dinasti Firaun, pemerintahan Rom, perkembangan ajaran Kristian dan kemasukan Islam. Mansurah antara yang dikenali sebagai sebuah kuasa besar dalam tamadun Islam di rantau benua Afrika.Sejarah silamnya boleh disimpulkan seperti Berikut :
1.Istana firaun dan perkampungan Yahudi.
Zaman pemerintahan Firaun Ramsis II telah membina ibu negeri bagi mengawal pemerintahannya di sebelah barat dan persisiran pantai Mesir. Kubu Firaun ini juga terbina dengen lorong bawah tanah bagi batalion askar Firaun ketika itu. Antara yang terpenting adalah kesan runtuhan kota Firaun yang terletak 7 km dari Simbilawin. Tempat ini merupakan kota pemerintahan Ramsis II dan anaknya Munqa'. Mansurah pernah didiami oleh kaum Yahudi berdasarkan kesan perkampungan mereka di sekitar Mansurah.
2.Dinasti Rom.
Pemerintahan Dinasti Rom banyak terdapat kesannya di daerah Bilqas. Terdapat beberapa tugu, rumah ibadat dan bianaan lain yang ditinggalkan sebagai tinggalan sejarah.
3.Sejarah perkembangan ajaran Kristian.
Mansurah dikenali sebagai rumah suci dan kota peribadatan bagi pengikut ajaran Masihi. Di sebelah utara Mansurah terdapat kubur seorang Hawariyyun Nabi Isa a.s. bernama Ajarjis. Beliau mengembangkan ajaran Kristian bagi rantau Afrika ; Mesir, Uthopia, Sudan, Nigeria dan Kenya. Pada tanggal 23 September setiap tahun diadakan raptai ulangtahun pembaptisan bumi Mesir sebagai bumi Al-Masih dengan kedatangan Majarjis, yang mana gereja Majarjis adalah gereja yang tertua di Mansurah.
4.Kemasukan Islam dan tamadun ilmu.
Kemasukan sejarah Islam ke pelusuk Mansurah melalui pantai ‘Arish di bawah pimpinan Komander Amru Bin Al-As (radiyallahu anh), zaman Khalifah Amir Al-Mukminin Umar Al–Khattab (radiyallahu anh) dan batalion Qa’-Qa’ At-Tamimi (radiyallahu anh) yang membuka kota Iskandariah dan pusat pemerintahan Rom.Nama “ al-Mansurah” diambil sempena kemenangan Umat Islam dalam menentang Tentera Salib.
Nama tersebut membawa maksud "suatu pertolongan daripada Allah s.w.t.". Ia diasaskan sebagai ibu negeri Dakahliah oleh Raja Kamil al-Ayyubi pada tahun 1219 M.Sebagai tanda memperingati jasa dan bakti mujahidin yang gugur dalam perjuangan menyebarkan syiar islam, sebuah tugu peringatan dibina bagi para syuahada yang terpahat kukuh nama-nama mereka di batu tersebut. Ianya terletak dipersimpangan jalan menuju ke Gedela dan di sana juga terdapat Taman Haiwan Mansurah.Terdapat sebuah muzium di medan Sikkah Jadidah yang dikenali sebagai "Dar Ibn Luqman". Kawasan tersebut penah menjadi tempat tahanan Raja Louis IX ketika berlakunya perang salib di Mesir. Rakyat Daqahliah juga memainkan peranan dalam gerakan revolusi Islam pada 1919.
Mansurah telah melahirkan beberapa tokoh agamawan yang terkenal di seluruh dunia. Antaranya Almarhum Syeikh Muhammad Al-Ghazali, ahli intelektual Islam; Almarhum syeikh Khalid Muhaamad Khalid, seorang mufakkir Islam; Almarhum Syeikh Jad Al-Haq, mantan Syeikhul Azhar; Almarhum Syeikh Mutawalli As-Sya'rawi, seorang ulama Mesir; Almarhum Syeikh Muhammad Abdul Rahman dan lain-lain lagi.