Sari Berita Penting

Followers

Friday, March 12, 2010

Menghidupkan Kembali..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Salam perjuangan buat semua blogger Mansurah..
Sudah lebih 6bulan blog ini tidak diaktifkan, dan terbiar tanpa ada maklumat2 yang dapat dikongsi bersama buat semua warga mansurah..
Oleh itu, ana ingin mengambil satu inisiatif agar blog yang ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
InsyaAllah perancangan sedang diatur untuk mengaktifkan semula blog ini, antaranya blog ini akan memuatkan berita2 semasa di mansurah samaada yang berkaitan dengan program2 yang dianjurkan sekitar mansurah yang berunsurkan sukan, isu semasa, kelas tafaqquh, rehlah, usrah atau ulasan2 yang berkaitan dengan mansurah.
Dengan ini ana menjemput semua blogger agar mengambil bahagian selaku wartawan bagi mengasah bakat kalian dalam penulisan, kecepatan dan ketepatan berita.
Juga boleh menghantar artikel2 ilmiah dan informasi yang tidak menyentuh sensitivi sesetangah pihak dan tidak berunsur tohmahan.
Sekiranya anda punya berita atau artikel, boleh terus hantar kepada :
Ketua Editor Ust. Al-Amin Daud (al_amindaud@yahoo.com | alamindaud08@gmail.com)
Timb. Ketua Editor Ust. Hakimi Abdul Mutalib (hakimi87@yahoo.co.uk)
atau penghantar surat Aljauhary (syams_aljauhary@yahoo.com)
Sekian Terima kasih..
wassalam..

Aljauhary
Penghantar Surat.

1 comment: